Pages

Muslimah itu

Engkau digelar sebagai perhiasan duniawi,
Namun perhiasan sebenar ialah seorang wanita solehah,
Yang disaluti dengan seribu keimanan,
Yang dipenuhi dengan sejuta ketaqwaan,
Demi mendambakan kasih dari-Nya.
...
Tercipta dikau dari rusuk seorang lelaki,
Bukan dicipta dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjungi,
Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Sungguh indah ciptaan-Mu Ilahi.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan dirimu,
Dipenuhi dengan cahaya keindahan,
Sesungguhnya Allah telah menciptakan dirimu,
Dipenuhi dengan sinaran kecantikan,
Sesungguhnya Allah telah menciptakan dirimu,
Dipenuhi dengan fitrah kelembutan,
Namun semua itu hanyalah nikmat sementara,
Yang dipinjamkan untuk seorang lelaki,
Yang bergelar suami buat dirimu,
Sungguh Maha Suci ciptaan-Mu Ya Allah.

Sesungguhnya amat tinggi nilai dirimu,
Apabila mendekatkan dirimu pada-Nya,
Sesungguhnya amat tinggi nilai kehormatanmu,
Apabila dirimu dibaluti dengan pakaian yang bisa menutupi auratmu,
Dan amatlah berharga nilai dirimu,
Apabila maruah dan aurat yang suci terjaga,
Itulah mahkota yang perlu dijaga,
Untuk melahirkan zuriat yang terpelihara,
Kesucian diri, keimanan dan ketaqwaannya.

Sesungguhnya ketahuilah duhai muslimah,
Kecantikan wanita kerana kejernihan wajah,
Manis wanita kerana senyuman yang indah,
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana keimanan yang teguh,
Hanya sahaja kerana Allah.

Duhai muslimah harapan Islam,
Duhai muslimah berjiwa sejati,
Semoga hijab menjadi pakaianmu,
Semoga kesucian menjadi amalanmu,
Semoga kesopanan mejadi perhiasanmu,
Semoga syurga Allah menjadi tempatmu.