Pages

Bantulah kami

SOAL JAWAB...JANGAN HAMPIRI ZINA....

Firman Allah:“Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat? (al-Isra :32)

Kami tidak berzina
Maaf, saya tidak menuduh awk berzina tetapi awk menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum...adakah itu menghampiri zina...?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan

Kami dapat kawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..
Hari ni, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula kita lupa. Siapalah diri kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah:janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadpi tipu daya iblis.

Tidak semestinyanya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada banyak. Ada yang hanya dalam telefon dan sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kamu kepada sebuah pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu bleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?itu pun zina jugak ke?
Zina ada macam2 jenis dan peringkatnya ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman(Muslim dan Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati2 hamba2nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tak bahagia, akhirat lebih lagi lah.. jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atib?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group...? nampak macam lain je..manja,senyum memanjang,tak macam gaya diskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana2 pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk dua2 macam ni betul ke bincang pelajaran..? jangan2 sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak dihabiskan dengan fantasi cinta!

Taklah. Sungguh bincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awk berdua tak ada perasaan apa2? Awk kurang sihat ke?... ingat , kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama2 belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang. Persaan tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula...

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagiaan kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau fitrah itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu,tidak!. Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.jangan bohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah manusia. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat kerana kita diciptakan sebagai manusia oleh Khaliqnya.. dunia dan segala isi akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara islam
Cinta secara islam adalah satu,iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama islam. Apabila islam melarang sesuatu perkara pasti ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (ibn Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia....

Kalau begitu, cinta zaman remaja semua meghampiri kepada penzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua2an. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dan berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru semalam... Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk pun!

Masih ramai orang yang bercinta tapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan manusia. Tak tahan uji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah :
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas2nya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,(jika kamu menghampirinya)maka akan menjadilah kamu dari orang2 yang zalim.(al-Araf)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua2 akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan kahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat2 dan kepura2an. Masing2 akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan berbagai2 lagi. Masa alam bercinta lakonan semata2. masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam2. tpi bila dah kahwin, lewat 5 minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bsrcinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba2nya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak redha percintaan begini. Cinta yang diredhai allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah pun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit....adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?ganti bercinta...
Semua itu perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulit nampak berlainan,tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat,abang angkat, adalah suatu bentuk tipu daya syaitan dan iblis. Manusia yang terlibat dengan budaya “angkat''? ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke,motivator ke,semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi,seolah2 orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza2. orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang bercinta tidak menjejaskan apa2 maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah2 cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan manakala orang pernah bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang2 yang beriman. (an-Nuur:3)

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,.. jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu sering diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak2nya, dia akan memilh wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya2, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi,perempuan yang bercinta,jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang “second hand''? sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja, display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata sekadar sepingagn mee goreng dan segelas sirap bandung,bwalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya. Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang2 perempuan yang memelihara kehormatannya(yang memelihara diri mereka daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzab:35)

Bagaimana dengan kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dngan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang sebenar2 taubat. Taubat yang murni. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul.

Ya allah. hambaMu telah tersesat jalan. 
Ampunilah dosa2 hambamu ini. 
Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. 
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. 
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. 
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. 
Ibu dan ayah, anakmu berdosa. 
Engkau jaga diriku dari kecil dengan kasih sayang. 
Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. 
Oh Tuhan, hambaMu berdosa.....
Amin..,Ya Rabb... moga Allah terima taubat mu..
Kita berpisah kerana Allah.
Kalau ada jodoh, tak kemana!

Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMU mencari redhaMu..
Terimalah taubat mereka..