Pages

Renungan buat kaum hawaku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jangan bertabarruj


.وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 )

Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.".

Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di antara lelaki, berlengang lenggok. Bersesak-sesak dengan para lelaki di pasar-pasar, berjalan di depan para lelaki di jalan-jalan, dan di masjid-masjid. Pada malam hari berjalan di tempat yang terang untuk memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang ramai. Inilah yang dilakukan oleh wanita-wanita Jahiliyyah. Dan Al-Quran telah melarang wanita-wanita muslimah berbuat seperti demikian.

Timbul pertanyaan, apa manfaat dan untungnya kecantikan, keindahan serta dandanan jika ternyata tidak disukai oleh Allah SWT, bahkan harus menerima kemurkaan-Nya? Di sinilah banyak kaum wanita tertipu, mereka ingin dipuji dan disenangi oleh makhluk, tetapi lupa bagaimana agar Khaliq pun menyenangi dan memujinya.

Ada beberapa akibat dari tabarrujnya kaum wanita, misalnya seperti:-
  • Akan merebaknya dan terbukanya pintu perzinaan. Inilah akibat utama dari tabarruj. Yang pada masa kini semakin meningkat tinggi.
  • Timbul hawa nafsu yang tidak terkendali.
  • Merendahkan derajat wanita itu sendiri.
  • Meruntuhkan akhlak dan moral manusia.
  • Menimbulkan kelakuan buruk seprti onani, liwat dan lain-lain lagi.
  • Bahaya dari orang-orang jahat akan lebih mengancam ketenangan keamanan kaum wanita.
  • Meruntuhkan kekuatan rohani
Berhias tidaklah dilarang jika ia berpaksikan syariat ALLAH SWT.

Dan tentu, di akhirat nanti, ia pun pasti akan mendapatkan balasan atas segala perbuatannya tersebut. Imam Al-Ghazali mengingatkan bahawa banyak wanita yang menyibukkan diri mereka dengan merias dan mempercantik diri untuk membahagiakan suami, tetapi mereka lupa untuk merubah sifat dan akhlak mereka. Wanita-wanita tersebut berani mengorbankan ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit hanya untuk menjaga keindahan dan kecantikan tubuh mereka. Tetapi mereka melupakan keindahan dan kecantikan rohani mereka. Rohani mereka dibiarkan sengsara. Akibatnya akhlak dan keimanan pun tidak terbina. Padahal, lemahnya iman serta rosaknya akhlak adalah malapetaka yang besar bagi dunia ini.



" Wahai muslimahku, engkaulah peranan utama dibelakang para tokoh. Para aulia, para ulama, para syuhada bahkan para Anbiya' a.s, dalam pangkuan engkaulah mereka tumbuh, Hilanglah keindahan taman, ketika bunga yang indah tiada di dalamnya. Hilanglah keindahan rumah, ketika wanita solehah tiada di dalamnya. "

Wallahua'lam.