Pages

Showing posts with label Sentuhan Qalbu. Show all posts
Showing posts with label Sentuhan Qalbu. Show all posts

Kata mereka

 SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA
*Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
*Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
*Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
*Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA
*Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
*Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
*Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
*Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

:
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
*Hatinya selalu berniat suci.
*Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
*Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
*Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
*Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA

*Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
*Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
*Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
*Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
*Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
*Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
*Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.



PROF.DR HAMKA,
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.
Datang tidak menentu masa.
Datang tidak menentu ketika.
Datang pada saat kita kesempitan atau kesusahan.
Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana,
Rebutlah peluag yang besar itu kerana peluang itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu....."

Dengar dulu sesuatu pertanyaan...diam sebentar sambil engkau bertanya dahulu soalan itu pada hatimu.(yang sentiasa ingatkan ALLAH)
Jika ada jawapan lafazkan dalam hati mu
Jika tiada jawapan; dalam hati mu....syukur dan terimalah.
Jika baik jawapannya sampaikan jawapan itu.
Jika buruk jawapan itu, isytigfar banyak-banyak.
Ada soalan yang kita tak tahu tapi kita pura-pura tahu.
Jangan lah kita menjadi seorang pendusta.
Pendusta pada manusia yang akan bersambung talian hingga kepada AL-KHALID

Hayatilah kata-kata hikmah ini:






Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan.

Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Ada ilmu, curah-curahkanla. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

SATU hadir sebelum DUA dan TIGA hadir selepas itu…

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Hmm… tapi senangkah mencari yang sebutir itu? Atau menjadi yang sebutir itu?

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Ada sesiapa nak jelaskan?

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

Berani gagal! Tiada kehidupan tanpa risiko, kerana risiko adalah kehidupan kita.

Kata perangsang

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

“Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk


Teguhkan Bahteramu


Tuguhkan bahteramu kerana lautan yang kau harungi itu adalah terlalu dalam

Banyakkan bekalan kerana perjalanan kita terlalu jauh

Ringankan belakangmu kerana yang nak kita daki terlalu curam

Tersilap langkah tersungkur meluncur dijurang yang sangat dalam

Tiada siapa yang mampu membantu hanya amalanmu

Ikhlaskan perbuatanmu kerana yang menilai amat menilai apa yg kita lakukan

Kita akan dipanggil pulang pada bila-bila masa

Bersediakah kita untuk bertemu denganNya?

Telah sempurnakah amanah yg diberikan semasa di dunia

Berkiralah kita dahulu tentang amal dan perilaku hati dan anggota

Sebelum terlambat menyesal tak guna