Pages

j0m doa sama ana

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Pujian dan Tahmid kepada Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas seluruh Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad serta sekalian sahabatnya.

Ya Allah
Kami ini lemah, perkuatkanlah kami dengan RedhaMu
pimpinlah kami kepada kebaikan
jadikan Islam penghujung redha kami.
Kami lemah Ya Allah,
perrkuatkanlah kami,
pandulah, kami ini fakir,
anugerahkanlah rezeki pada kami Ya Rahim.

Ya Allah
Peliharalah Islam dalam keadaan kami berdiri, mahupun duduk.
Jauhilah kami dari segala musuh dan hasad dengki.

Jadikan kami orang yang bersyukur dan sabar.
Jadikan pandangan kami hebat hanya untukMu,
dan jadikan pandangan kami pada manusia itu kecil.
Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
jaihilah kami dari azab seksa Neraka

Tunjukilah kami perkara benar,
agar kami dapat mengikutinya,
tunjukilah kami kebatilan agar kami menjauhinya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
serta sekalian para sahabatnya.
Pujian dan Tahmid kepada Tuhan seluruh alam.

Aamiin Ya Rabbila'lamin

TIP SEDEKAH TANPA WANG..(free of charge)



  • SEDEKAH DENGAN HATI
Niat yg ikhlas dlm apa jua pkerjaan yg dilakukan.Sabda Rasulullah s.a.w "seorg hamba yg dikurniakan allah ilmu dan niat yg tulus, ia berkata:'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku aku akn b'amal s'bgaimana yg dp'buat oleh si polan(golongan yg diberi harta dan ilmu)'.Dgn niatnya t'sebut,maka pahala ke2-2 hamba ini sama"
[riwayat al-tirmizi]
  • SEDEKAH DENGAN LISAN
1.berzikir-spt tasbih,tahmid,tahlil dan takbir. Abu Dzar meriwayatkn bhw Rasulullah s.a.w b'sabda yg b'maksud: "Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil juga adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah..." [riwayat Muslim]
2.ucapan yg baik-Rasulullah s.a.w bersabda yg b'mksd:
" Perkataan yg baik adalah sedekah" [riwayat bukhari]

antara ucapan yg baik ialah:
# memberi salam
#mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran
#berlemah-lembut sewaktu bercakap dan tak mengguris hati org len.
  • SEDEKAH DENGAN PERBUATAN
>Senyuman
>solat
>puaas sunat
>membuang atau mgalihkan sesuatu yg mghalangi jln.
>membersihkan masjid dan jaga kebersihannya.
>menolong insan yg m'm'lukan dan m'damaikan antara 2 org
>mengajarkan ilmu
>menanam apa jua pokok/ tanaman
>menunjukkan jln kod org sesat = bantu org buta

dan lain2...

selamat beramal(buat diriku jua)...sesungguhnya kehidupan kita adalah suatu ibadah..

Hari ini

Hari ini,
Apa yang kita lakukan di setiap saat yang berlalu??,
Qiam, solat dhuha, mathurat, tilawah,hafazan,istighfar,selawat?? atau,
Tidur, menonton televisyen, shopping yg overdost, berangan-angan kosong atau
LENA, LENA DAN TERUS LENA???

Hari ini,
Adakah aktiviti yang kita lakukan memungkinkan kita mencapai redha Allah?
Duhai sahabat, duhai teman, duhai abg, duhai kakak, duhai adik,
Usah kita berpaut pada dunia yang sementara,
dan kita berterusan terpedaya dengan bisikan syaitan,
Ah,malunya diri ini menuturkan kata,
Takut diri tak serupa bicara,
Mudah2an Allah masih menjagaku,
Menjagamu duhai sahabat,
Kerana betapa aku inginkan kita bersatu di syurga sana,
InsyaAllah....

Ingatkah kita firman Allah,
"tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kpd-Ku"(51:56)
Sahabatku yang tercinta,
Sama2 kita penuhi hari kita yang membuktikan kesyukuran kita kerana menjadi hamba-Nya..
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan,
beruntung bagi yg mensucikannya,
Merugi bagi yg mengotorinya,
Ingatlah, Allah telah menunjukkan jalan2 sebagai pilihan,
Terpulang pada diri untuk memilihnya,
Kerana aku bukan sesiapa,
Dan kerana aku hanya penyeru, bukan penghukum..

sesungguhnya org2 yg beriman,
adalah mereka yg apabila disebut nama Allah gementar hatinya,
dan apabila dibacakan ayat2-Nya bertambah(kuat) imannya
dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,
Iaitu org2 yg melaksanakan solat dan yg menginfakkan sebahagian dari rezeki 
yang Kami berikan kpd mereka,
Mereka itulah org2 yg beriman. Mereka akn memperoleh darjat(tinggi) di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki(nikmat) yg mulia(8:2-4)

"Ya  Allah, kami ini lemah perkuatkanlah kami dengan redha-Mu, pimpinlah kami kpd kebaikan. jadikan Islam penghujung redha kami,
 Kami lemah Ya Allah, perkuatkanlah kami, pandulah, kami ini fakir, anugerahkanlah rezeki pada kami, Ya Rahim.
 Ya Allah, peliharalah Islam dlm keadaan kami b'diri, mahupun duduk,Jauhilah segala musuh kami dan hasad dengki.
 Jadikan kami org yg bersyukur dan sabar. Jadikan pandangan kami hebat hanya untuk-MU, dan jadikan pandangan kami pada manusia itu kecil. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, jauhilah kami azab siksa Neraka.
    Tunjukilah kami  perkara benar, agar kami dpt mengikutinya, tunjukilah kami kebatilan agar kami dpt menjauhinya."

"Aku sesuai dengan keyakinan hamba-Ku kepada-Ku." (HR Ahmad)

DAN DI ANTARA MANUSIA ADA ORANG YG M'GORBANKAN DIRINYA UTK MENCARI KEREDHAAN ALLAH. DAN ALLAH MAHA PENYANTUN KPD HAMBA2-NYA.(2:207)

Teguhkan Bahteramu


Tuguhkan bahteramu kerana lautan yang kau harungi itu adalah terlalu dalam

Banyakkan bekalan kerana perjalanan kita terlalu jauh

Ringankan belakangmu kerana yang nak kita daki terlalu curam

Tersilap langkah tersungkur meluncur dijurang yang sangat dalam

Tiada siapa yang mampu membantu hanya amalanmu

Ikhlaskan perbuatanmu kerana yang menilai amat menilai apa yg kita lakukan

Kita akan dipanggil pulang pada bila-bila masa

Bersediakah kita untuk bertemu denganNya?

Telah sempurnakah amanah yg diberikan semasa di dunia

Berkiralah kita dahulu tentang amal dan perilaku hati dan anggota

Sebelum terlambat menyesal tak guna

PERASAAN C.I.N.T.A FATIMAH---->ALI



"Aq sangat inginkan kelak dia menjd suamiku..tapi semua itu aq simpan di dlm hatiku",kata fatimah r.a..sebagaimana yg terjd antara Ali & fatimah..setelah pernikahan antara Ali & Fatimah,maka fatimah pun berterus terang kpd Ali..
"wahai Ali,sebelum aq bernikah dgn engkau di kota Mekah ni,ade seorang pem...uda yg menjadi idola di hatiku..Aq sgt inginkan kelak dia menjadi suamiku..tapi semua itu aq simpan di dlm hatiku", kata fatimah..
"kalau begitu,engkau menyesal menikah aq??,tanya Ali.
"tidak,kerana pemuda itu adalah engkau wahai Ali.."jawab fatimah..

Oleh itu,dalam islam,kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh..namun,ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati..
Sesungguhnya,cinta itu boleh menghinggapi sesiapa sahaja termasuk orang yang beriman atau para pendakwah..apabila batas2 pergaulan dan percampuran antara lelaki &perempuan dilanggar,proses persahabatan sebegini akan terus berulir dan tidak mungkin dihindar..

(^_^)p/s: x salah jika kita jatuh hati pd seseorang krn itu lumrah yg Allah telah berikan pd manusia..,seperti kisah saiditina fatimah yg telah lama memendam perasaan kpd Ali..

Same2 kite ambil pngajaran~

Mari gilap hati dengan Ingat Mati!

بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

KETIKA NYAWA DICABUT

Pada hari, jam dan ketika yang telah ditentukan datanglah Malaikat maut yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa orang yang akan dimatikan.
Firman Allah SWT maksudnya: " Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmulah akan dikembalikan." (As-Sajadah:11)

Menurut keterangan dari hadis Nabi, orang yang baik akan dijemput rohnya oleh Malaikat Rahmat dan orang yang jahat akan dijemput rohnya oleh Malaikat Azab.
Firman Allah SWT maksudnya: " Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara Malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata: keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih." (Al-An'am:93)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan alangkah hebatnya kalau engkau melihat tatkala Malaikat mematikan orang-orang kafir, sambil memukul muka-muka mereka dan punggung-punggung mereka dan berkata: Rasakanlah siksaan yang membakar ini." (Al-Anfal:50)

Sebaliknya orang-orang yang soleh akan menerima ucapan selamat dan berita gembira ketika nyawa mereka akan dicabut.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Orang yang dimatikan oleh Malaikat dalam keadaan baik, Malaikat akan berkata kepada mereka: " Kesejahteraan atas kamu dan masuklah ke dalam dengan amal yang telah kamu kerjakan." (An-nahl:32)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
" Sesunguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka tetap lurus, nescaya turun atas mereka Malaikat yang berkata: Bahawasanya janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu." (S.Fushshilat:30)

Semasa roh dikeluarkan dari jasadnya yang kasar, kesakitannya adalah sama seperti badan kita dicincang dengan pedang yang tajamnya sebanyak 300 kali. Begitulah keterangan yang diperolehi dari banyak diantara riwayat yang dijumpai.

Ada pula yang meriwayatkan bahawa Nabi Idris sewaktu hidup didunia pernah satu kali meminta kepada Allah agar Malaikat maut mencabut nyawanya untuk seketika, tetapi bukan untuk mati terus. Sekadar hendak mencuba dan mengetahui sahaja, bagaimana rasanya sakit mati itu.

Setelah mendapat keizinan dari Allah, maka Malaikat maut pun mencabut nyawa Nabi Idris. Setelah roh Nabi Idris dikembalikan seperti biasa, tiba-tiba dengan pantas Nabi Idris marah kepada Malaikat maut dan berkata: Sungguh kejam engkau sahabat! Mengapa engkau cabut nyawaku dengan begitu kuat sekali, sehingga aku merasakan terlalu sakitnya. Apakah begini juga caranya engkau mencabut nyawa manusia-manusia yang lainnya?

Jawab Malaikat maut: Tidak wahai sahabatku! Apa yang telah saya lakukan tadi terhadap engkau adalah yang sebaik-baiknya. Cabutan seorang sahabat terhadap sahabat yang dikasihinya.

Dengan riwayat ringkas percubaan mati Nabi Idris itu tadi nyatalah bahawa sakit mati itu akan terjadi keatas semua manusia. Mati memang sakit dan sakitnya tidak ada sesiapa pun yang dapat membayangkannya. Jika Allah turunkan rahmatNya untuk menghilangkan rasa sakit tersebut, tentu saja kematian itu tidak akan merupakan sesuatu yang menakutkan.

Tetapi jika Allah tidak memperdulikan, tentu saja mati itu merupakan siksa yang tidak ada contoh di muka bumi. Oleh itu tidak ada jalan untuk menghindarkan sakit sewaktu mati, selain daripada mentaati perintah Allah serta menjauhi apa yang menjadi laranganNya. Dan sentiasa memohon keampunanNya jika dirasai telah berbuat dosa.

Bagi seorang muslim dan seorang mukmin yang taat iaitu iman yang lahir dari hati yang tulus ikhlas dan dapat dibuktikannya dengan amal soleh. Maka mati itu tidak perlu dijadikan persoalan yang menakutkan.

Percayalah! Jika Allah melimpahkan rahmat serta kasih sayangNya kepada seseorang yang diwafatkan maka mati itu tidak lagi menjadi sesuatu yang menakutkan. Bahkan kebaikannya boleh ditemui sebagaimana contoh sahabat Nabi, Bilal bin Rabah r.a. Bilal bin Rabah r.a ketika dalam sakaratul maut berkata kepada isterinya: Sungguh menggembirakan sekali. Isteri Bilal bin Rabah r.a terkejut dan berkata: Wahai suamiku! Apakah yang engkau katakan! Sedangkan saya ketika ini dalam dukacita melihat keadaan engkau.

Jawab Bilal bin Rabah r.a: Siapa yang tidak berasa gembira jika dia akan bertemu dengan orang yang sangat dikasihinya. Apa yang dimaksudkan Bilal bin Rabah r.a ialah dia akan bertemu dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW dan akan berkumpul dengan para nabi-nabi serta para syuhada ditempat yang sangat terhormat disisi Allah.

Orang yang dalam kekurangan jika takut menempuh jalan untuk pergi ke tempat yang lebih sempurna, itu adalah kebodohan yang nyata. Kesempatan hidup bagi seorang mukmin adalah diakhirat dan mati adalah jalan yang harus ditempuhi. Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang serba kekurangan dan waktunya sangat terbatas dan banyak hal-hal yang menyusahkan.

Jika banyak dosa, itulah yang menyebabkan takut mati maka ubatnya ialah banyak-banyak memohon keampunan kepada Allah terutama sekali jika dilakukan di waktu tengah malam. Jika amal solehnya sedikit itulah yang menyebabkan seseorang itu takut mati. Tetapi jika harta dunia yang ditinggallkan, maka mati akan tiba juga dengan segala isinya pasti akan ditinggalkan.

Pada waktu itu kelak kita akan menjadi orang yang paling menyesal kerana amal soleh dan ibadat yang dibawa terlalu sedikit. Duniamu hilang dan masa akhiratmu terancam!. Manusia macam inilah yang akan merasakan kesakitan sewaktu akan menghadapi sakaratul maut. Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan tidaklah ada penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang taqwa. Apakah kamu tidak mahu berfikir?." (Al-An'am:32)

Dalam ayat akhir dikatakan: Apakah kamu tidak mahu berfikir? Ayat ini juga boleh dimaksudkan dengan: Apakah kamu tidak mempunyai fikiran? Jadi! dengan itu apa yang harus kita fikirkan ialah: Bagaimana dan apa yang harus dilakukan agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya.

Bekalan apakah yang harus disediakan untuk menempuh masa sesudah mati kerana disebalik kematian sana banyak sekali hal-hal yang akan pasti dijumpai. Di antaranya ialah: Allah akan tanya dari manakah kita memperolehi rezeki dan nikmat yang telah diperolehi. Dari mana kita dapat dan habiskan rezeki tersebut. Allah akan tanya dari umur yang kita lalui selama hidup didunia ini. Apakah yang telah kita lakukan dan kemana habisnya umur yang kita lalui itu. Serta banyak lagi persoalan dunia yang harus di pertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Berdusta adalah hal yang tidak mungkin dapat dilakukan kerana seluruh anggota kita akan menjadi saksi utama dari seluruh pekerjaan dan perbuatan yang kita lakukan. Di samping itu juga Malaikat Raqib dan 'Atid yang mencatat segala pekerjaan dan perbuatan mengenai kehidupan di dunia dari tiap-tiap manusia adalah menjadi bukti  yang sangat kukuh di hadapan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Kamu telah dilalaikan oleh sebab hendak mengumpulkan harta benda dunia dan kemuliaan yang berlebihan hingga kamu menziarahi kubur (mati). Jangan sekali-kali! Kamu akan mengetahui- Jangan sekali-kali! Kamu akan mengetahui- Jangan sekali-kali! Kamu akan mengetahui Alangkah baiknya jika kamu menyedari dengan ilmu yang meyakinkan - sesungguhnya kamu akan melihat neraka itu dengan penglihatan yang meyakinkan, kemudian sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari hisab dari seluruh nikmat yang telah kamu perolehi." ( Al-Takasur:1-8)

Insya'ALLAH akan ada sambungan..
Wallahua'lam

ana uhibbuki fillah
Assalamu'alaikum..

Renungan buat kaum hawaku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jangan bertabarruj


.وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 )

Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.".

Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di antara lelaki, berlengang lenggok. Bersesak-sesak dengan para lelaki di pasar-pasar, berjalan di depan para lelaki di jalan-jalan, dan di masjid-masjid. Pada malam hari berjalan di tempat yang terang untuk memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada orang ramai. Inilah yang dilakukan oleh wanita-wanita Jahiliyyah. Dan Al-Quran telah melarang wanita-wanita muslimah berbuat seperti demikian.

Timbul pertanyaan, apa manfaat dan untungnya kecantikan, keindahan serta dandanan jika ternyata tidak disukai oleh Allah SWT, bahkan harus menerima kemurkaan-Nya? Di sinilah banyak kaum wanita tertipu, mereka ingin dipuji dan disenangi oleh makhluk, tetapi lupa bagaimana agar Khaliq pun menyenangi dan memujinya.

Ada beberapa akibat dari tabarrujnya kaum wanita, misalnya seperti:-
  • Akan merebaknya dan terbukanya pintu perzinaan. Inilah akibat utama dari tabarruj. Yang pada masa kini semakin meningkat tinggi.
  • Timbul hawa nafsu yang tidak terkendali.
  • Merendahkan derajat wanita itu sendiri.
  • Meruntuhkan akhlak dan moral manusia.
  • Menimbulkan kelakuan buruk seprti onani, liwat dan lain-lain lagi.
  • Bahaya dari orang-orang jahat akan lebih mengancam ketenangan keamanan kaum wanita.
  • Meruntuhkan kekuatan rohani
Berhias tidaklah dilarang jika ia berpaksikan syariat ALLAH SWT.

Dan tentu, di akhirat nanti, ia pun pasti akan mendapatkan balasan atas segala perbuatannya tersebut. Imam Al-Ghazali mengingatkan bahawa banyak wanita yang menyibukkan diri mereka dengan merias dan mempercantik diri untuk membahagiakan suami, tetapi mereka lupa untuk merubah sifat dan akhlak mereka. Wanita-wanita tersebut berani mengorbankan ratusan ribu ringgit bahkan jutaan ringgit hanya untuk menjaga keindahan dan kecantikan tubuh mereka. Tetapi mereka melupakan keindahan dan kecantikan rohani mereka. Rohani mereka dibiarkan sengsara. Akibatnya akhlak dan keimanan pun tidak terbina. Padahal, lemahnya iman serta rosaknya akhlak adalah malapetaka yang besar bagi dunia ini.



" Wahai muslimahku, engkaulah peranan utama dibelakang para tokoh. Para aulia, para ulama, para syuhada bahkan para Anbiya' a.s, dalam pangkuan engkaulah mereka tumbuh, Hilanglah keindahan taman, ketika bunga yang indah tiada di dalamnya. Hilanglah keindahan rumah, ketika wanita solehah tiada di dalamnya. "

Wallahua'lam.

Mengapakah tertolaknya Do'a?


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Di bawakan pendapat seorang ahli tasawuf besar, yang kenamaan dan termasyhur dimana-mana, iaitu Ibrahim bin A'dham bin Mansur, wafat tahun 661 Hijrah, tentang sebab-sebab yang membikin hati menjadi buta, sehingga tidak ada hubungan dengan ALLAH dan oleh kerananya, doanya tidak diterima.

Ketika Ibrahim bin Ad'ham berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, diantaranya ada yang bertanya, " Ya Aba Ishak! gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham, mengapakah kami memohon doa kepada ALLAH, tetapi tidak dikabulkan doa kami?". Ibrahim bin Ad'ham menjawab: " Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

Kata Ibrahim bin Ad'ham:

  1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
  2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat ALLAH, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  5. Kamu telah berkata, bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu telah berkata syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
  8. Kamu telah berkata mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

Adapun susunan doa yang sebaiknya ialah sebagaimana yang diajarkan oleh ALLAH S.W.T dalam Al-Quran dan oleh Nabi S.A.W dalam hadithnya.

Diriwayatkan dari Fazilah bin Ubaid r.a ia berkata: Rasulullah S.A.W telah mendengar seorang lelaki yang sedang berdoa dalam sembahyang, padahal ia tidak memuji ALLAH dan tidak berselawat ke atas Nabi S.A.W, maka bersabda Nabi S.A.W: " Telah tergopoh-gopoh orang ini ". Lantas beliau panggil orang itu, lalu beliau bersabda: " Apabila bersembahyang salah seorang dari kamu, maka hendaklah ia mulai dengan memuji Tuhannya dan menyebut kebesaranNya, kemudian ia berselawat kepada Nabi S.A.W, kemudian boleh ia berdoa menurut apa yang ia kehendaki." ( HR Ahmad, Abu Daud, Nasai, Tirmidzi ibn Hibban dan Hakim )

Pada masa kini, amat banyak manusia tidak pandai berdoa dan kadangkala doa yang dipanjatkan dalam keadaan tidak yakin, lengah dan lalai.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, " Berdoalah kepada ALLAH, pada hal kamu yakin diterimanya. Dan ketahuilah, bahawasanya ALLAH tidak akan mengabulkan suatu doa dari hati orang yang lengah, yang lalai. " (HR Tirmidzi, Hakim)

Dan diantara pokok yang terpenting juga iaitu bersih diri dari yang haram kerana itulah yang diterima, sebaliknya akan ditolak.

Di riwayatkan dari Ibn Abbas ia berkata : telah dibacakan ayat ini pada Nabi S.A.W ( Hai manusia! makanlah kamu daripada yang ada dibumi, yang halal, yang baik ), lantas berdiri Saad bin Abi Waqqash lalu ia berkata; Hai Rasulullah! berdoalah kepada ALLAH supaya Ia jadikan daku orang yang diterima doanya. Maka sabda Nabi S.A.W: " Hai Saad! Buat baiklah makananmu, nescaya engkau menjadi orang yang diterima doanya. Demi ALLAH yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang lelaki yang memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, tidaklah ALLAH terima daripadanya (doa) selama 40 hari. Dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari barang yang haram dan riba, maka api neraka lebih layak dengan dia. " ( HR Al-Hafidz Ibn Mardawiah )

Insya'ALLAH, marilah kita sama-sama berdoa, mudah-mudahan ALLAH meletakkan kita dalam golongan yang beradab kepada ALLAH dalam berdoa kepadaNya.

Firman ALLAH S.W.T yang mafhumnya:

" Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan perlahan, kerana sesungguhnya Ia tidak suka orang-orang yang melewati batas. Dan janganlah kamu membuat kebinasaan dibumi sesudah beresnya; dan berdoalah kepadaNya dengan takut dan dengan bersungguh-sungguh, sesungguhnya rahmat ALLAH, dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. " (Surah Al-Aaraf: 55-56). 

sumber: Buku Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W

Dia kekasih ALLAH


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Karikatur Penuh Cinta
"...Ya Rasulullah..."



Duhai Insan,
Ke mana lagi engkau mencari teladan?
Sudah usai perjalanan semua kafilah pencari kearifan,
Prototaip terakhir yang paling sempurna daripada Tuhan,
Kisah lelaki anggun 14 abad silam yang tidak hilang ditelan zaman.

Disanalah terminal akhir itu bermuara,
Oasis sejati bagi sahara jiwa-jiwa dahaga,
Mata air kecemerlangan yang tidak pernah kering ditimba,
Sepatah kata daripadanya, bertabur luapan cahayanya kepada kita,
Di segala ruang dan waktu, namanya sentiasa hidup menggema.

Ku cuba tuangkan sepotong fragmen hidup sang Mustafa,
Berkenaan putih bersih giginya ketika tersenyum ceria,
Tahukah dari mana asal harum semerbak kelopak mawar beraroma?

Para sufi kononnya pernah berkata,
' Merekah mawar mewangi, berasal daripada titisan keringatnya,
yang jatuh ke bumi saat ia bersama buraq mendaki langit'.
Berkenaan jejak tikar yang membekas pada wajah tampannya
ketika ia terjaga,
Meskipun semua pintu langit mempersilakanya,
Dia yang seumur hidupnya hanya sakit dua kali sahaja.

Meskipun berat amanah yang dipikul dibahunya,
Beliau memilih menjadi Nabi yang berpenampilan rakyat jelata,
Meskipun berlimpah tawaran menjadi Nabi yang kaya berkuasa raja,
Berkenaan kesederhanaan makan minumnya,
Berkenaan ia yang ketika wafat hanya memiliki harta tujuh dinar sahaja,
Meskipun kunci masyrik dan maghrib kelak berada dalam
genggamannya.

22 tahun beliau menjajakan cahaya,
Merajut kesempurnaan cinta,
dan apa yang diperlukan manusia.

Kelak apabila ufuk pengetahuan sudah sempurna,
Menyingkap kesombongan peradaban maya,
Nescaya terbeliak setiap mata,
Kesempurnaan dirinya,
Hidupnya disalah fahami orang yang buta hatinya.

Bahkan sehingga kini,
Kekejian pun masih difitnahkan kepadanya,
Padahal hanya dia satu-satunya manusia,
yang namanya bersanding dengan Tuhan alam semesta...
' لا الله الا الله محمد رسول الله '

Ya nabi salam 'alaika,
Ya Rasul salam 'alaika,
Ya habib salam 'alaika,
Shalawatullahi 'alaika....

Mengapa kita mesti mati dan hidup sesudah mati?

http://istiqomah-anak2ku.blogspot.com/

بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap manusia tentu pernah berkata di dalam hatinya, jika tidak ada mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya. Dan kejernihan hidup tidak akan dikeruhkan oleh pemindahan mengejut yang dianggap manusia sebagai suatu perkara yang dibenci dan menakutkan.

Tetapi jika manusia memehati dengan teliti serta membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian, nescaya dia pasti mendapati kematian itu suatu kemestian. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa maut, manusia tetap tidak mencapai lebih daripada jaraknya yang pendek, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas.

Biar betapa luas manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan makrifat semasa dalam kehidupan di dunia, namun dia hanya mengetahui mengikut kadar kebolehannya yang terdaya di capai oleh alat-alat kelengkapan yang ada pada dirinya yang mana sangat terbatas dan sangat lemah.

Maut itu sering mempunyai pengaruh besar di dalam mencegah manusia terpesona dengan diri sendiri, bersikap meninggi diri dan berbangga dengan kekuatannya. Jika tidak kematian, manusia akan bersikap sekejam-kejamnya. Dan pihak yang kuat akan menganiaya pihak yang lemah.

Semoga setiap manusia sentiasa mengingat dan tidak melupakan hakikat yang mengerikan ini iaitu hakikat maut.

Di dalam hidupnya manusia tidak menakuti apa-apa seperti takutnya kepada saat pemindahannya dari kehidupan dunia yang telah dikenali dan dihayati. Pada dasarnya ketakutan manusia kepada maut itu berpunca dari sangkaannya bahawa dengan kematian dia akan kehilangan kehidupan yang sangat-sangat dikasihinya. Tetapi adakah manusia akan takut mati setelah berasa yakin bahawa rohnya kekal abadi dan bahawa kehidupan yang sebenar berada sesudah mati.

Apabila dia mengaitkan hakikat kematian dengan kerja pengkebumian maka timbullah didalam diri manusia iaitu perasangka bahawa maut itu bererti kehilangan kehidupan.



Semoga kita semua sedar akan hakikat kematian yang pasti akan berlaku dalam kehidupan manusia, samada kita bersedia ataupun tidak. Justeru, marilah kita memperbanyakkan amalan-amalan yang memberatkan timbangan amal kita di alam sana. Mohonlah setiap hari kepada ALLAH S.W.T agar kematian kita kelak dalam keadaan husnul khotimah, kematian dalam keadaan redha dan diredhai. aamiin ya rabbal 'alamin.....

Wallahu'alam